> Penggemar Makanan Ringan Berisiko Sukar Hamil - Berita

Penggemar Makanan Ringan Berisiko Sukar Hamil

Awas, penyakit kronik menanti!
Awas, penyakit kronik menanti!

AWAS kepada wanita di luar sana yang amat menggemari makanan segera berbanding buah-buahan kerana hasil kajian yang dibuat mendapati bahawa wanita yang sering memakan makanan segera dan tidak mengambil buah-buahan secukupnya berisiko alami kesukaran untuk hamil.

Hasil kajian yang melibatkan 5,598 orang wanita mendapati bahawa wanita yang memakan makanan segera antara empat kali atau lebih dalam seminggu hamil hampir sebulan lewat berbanding dengan mereka yang tidak pernah langsung atau jarang memakannya.

Menurut Prof. Claire Roberts dari Universiti Adelaide yang bertanggungjawab mengetuai kajian tersebut memberitahu bahawa kerana itulah pengambilan makanan seimbang dan berkualiti seperti buah-buahan sangatlah penting serta perlu mengurangkan makanan segera bagi membantu peningkatan tahap kesuburan serta tempoh untuk hamil bagi seseorang wanita itu.

Menurut laporan Human reproduction pula mendapati bahawa penggemar makanan ringan berisiko untuk sukar hamil dalam tempoh setahun tetapi bagaimanapun terdapat limitasi dalam kajian tersebut termasuklah penggantungan wanita untuk mengingati apa yang dimakan oleh mereka sebelum hamil.

Hasil kajian terhadap wanita di Australia, New Zealand, United Kindom dan Ireland ketika ditanya mengenai apa yang dimakan oleh mereka ketika anak pertama mendapati bahawa wanita yang kurang memakan buah sekurang-kurangnya sekali hingga tiga kali sebulan mengambil masa kira-kira setengah bulan lebih lewat untuk hamil berbanding mereka yang memakan buah tiga kali atau lebih dalam sehari.

Daripada penyelidikan tersebut juga mendapati bahawa wanita yang kurang memakan buah kemungkinan berisiko sebanyak 12 peratus mengalami kesukaran hamil manakala 16 peratus bagi mereka yang mengambil makanan segera sebanyak empat kali atau lebih dalam masa seminggu menjadikan perbandingan antara mereka sebanyak lapan peratus secara keseluruhan.

Kesimpulan yang dapat dibuat dari hasil penyelidikan tersebut mendapati bahawa pengambilan makanan seimbang amat penting bagi meningkatkan tahap kesuburan seseorang wanita itu dan dapat membantu mempercepatkan tempoh kehamilan bagi mereka.

Walau bagaimanapun para penyelidik mendapati tidak terdapat langsung hubung kait antara pengambilan buah-buahan dan makanan segera dengan pengambilan sayur-sayuran hijau serta ikan dengan tempoh masa yang diambil untuk hamil.