> 6 Cara Menghindarkan Diri Dari Penyakit - Berita

6 Cara Menghindarkan Diri Dari Penyakit

kesihatan yang baik adalah menjadi keutamaan
Photo by Saltanat Zhursinbek on Unsplash

Setiap orang pasti menginginkan kesihatan yang baik tidak kiralah berapa pun usia mereka, kesihatan yang baik adalah menjadi keutamaan kepada mereka tanpa mengira faktor usia namun tahukah kamu bahawa kebersihan diri juga menjadi antara kunci kepada kesihatan diri.

Menjaga kebersihan diri serta mengekalkan diri sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih salah satu cara mengindarkan diri dari terkena sebarang penyakit dan jika seseorang yang tidak menitik beratkan kebersihan akan lebih mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.

Selain menjaga kebersihan diri, pemilihan pemakanan yang sihat seperti perbanyakkan memakan sayur-sayuran serta buah-buahan juga penting bagi mengekalkan tubuh badan sentiasa berada dalam keadaan sihat dalam jangka masa yang lama.

Setiap hari dan sepanjang masa tubuh badan kita terdedah dengan pelbagai kuman yang berada di sekeliling kita tanpa kita sedari sama ada yang di luar tubuh badan kita mahupun di dalam mulut kita.

Oleh itu terdapat enam cara yang paling mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita seharian bagi mengelakkan diri daripada terkena sebarang penyakit.

Antara enam cara kekal sihat :

1 ) Menggosok Gigi Selepas Makan Dan Sebelum Tidur

Menjaga kebersihan mulut dan gigi amat penting bagi mengelakkan rongga nafas dari berbau dan sekaligus mengganggu orang lain, malah kuman didalam mulut merupakan antara bahagian organ badan kita yang banyak mengandungi kuman.

Antara cara terbaik menjaga kebersihan mulut adalah dengan memberus gigi sebanyak sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas makan dan sebelum tidur.

Jangan sesekali mengabaikan memberus gigi sebelum tidur kerana bakteria yang berada di dalam mulut biasanya bertindak lebih aktif pada waktu malam ketika kita sedang tidur dan jangan lupa menggantikan berus gigi anda setiap 3 bulan sekali bagi terus mengekalkan kebersihan berus gigi tersebut.

2 ) Mandi

Bagi setiap negara atau kawasan mempunyai iklim berbeza serta budaya mandi yang berbeza contohnya di negara 4 musim penduduk di sana hanya mandi sekali sehari tetapi berbeza dengan di negara kita yang bermusim tropika ini kerana kita disarankan agar mandi sebanyak dua kali sehari.

Kita di sarankan agar mandi ketika waktu pagi iaitu sebelum memulakan sebarang aktiviti supaya lebih segar dan sekali lagi pada waktu petang iaitu selepas seharian bekerja ataa malam sebelum tidur.

Pastikan anda menggosok badan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk tujuan membersihkan sel-sel kulit mati yang mungkin tidak dapat ditanggalkan dengan menggunakan sabun sahaja manakala mencuci rambut sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu.

Kerap mencuci rambut setiap hari tidak digalakkan kerana ianya hanya akan menyebabkan kulit kepala kita akan menjadi kering sehingga menyebabkan ramput kita menjadi rapuh.

3 ) Basuh Tangan Dengan Menggunakan Sabun

Sentiasa mengamalkan membasuh tangan dengan menggunakan sabun adalah sangat-sangat perlu kerana di tangan kita berkemungkinan terdapat pelbagai kuman pembawa penyakit kerana tangan merupakan anggota badan kita yang penting dalam melakukan pelbagai aktiviti seharian.

Kita amat digalakkan membasuh tangan  sebelum dan selepas makan, selepas keluar dari tandas, sebelum memegang anak kecil, sebelum dan selepas masak serta selepas bermain atau memegang haiwan peliharaan kerana kuman boleh jadi ada di mana-mana saja.

4 ) Memotong Kuku

Kuku merupakan salah satu kawasan yang sering menjadi tempat kuman serta bakteria berada dan menjadi punca pembawa pelbagai penyakit dalam badan kita.

Sentiasa memastikan kuku kita berada dalam keadaan bersih dan pendek bagi mengelakkan pengumpulan kuman dan bakteria di kawasan berkenaan dan jika kuku panjang pastikan ketika anda membasuh tangan menggunakan sabun bersihkan segala kotoran yang melekat di kawasan berkenaan.

5 ) Mencuci Kaki

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk mencuci kaki? Cucilah kaki sebelum masuk kerumah selepas keluar dari rumah kerana di kasut serta sandal yang kita pakai merupakan tempat yang menjadi sasaran perkembangan kuman dan bakteria.

Malah penggunaan kasut seharian juga boleh menyebabkan timbulnya bau yang kurang menyenangkan dan bau yang timbul tersebut menjadi salah satu tanda bahawa kuman serta bakteria sememangnya berada di dalam kasut kita jadi membasuh kaki selepas pulang kerumah adalah penting dalam memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan bersih ketika melangkah masuk ke rumah selain mengelakkan bau kaki yang kurang menyenangkan.

Jadi rajin-rajinlah membersihkan kasut atau sandal anda dan keraplah mencuci tapak kaki supaya diri kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dapat mengelakkan sebarang penyakit pembawa dari kuman serta bakteria.

6 ) Memakai Pakaian Yang Bersih

Akhir sekali, tidak guna juga jika kita menjaga kebersihan diri tetapi memakai pakaian yang kotor. Jadi memakai pakaian yang bersih juga menjadi antara faktor yang penting dalam menjaga kesihatan diri kita agar terhindar dari sebarang penyakit.

Janganlah kita sesekali memakai semula pakaian yang telah digunakan kerana pakaian tersebut semestinya mempunyai kuman atau bakteria yang tel melekat di pakaian tanpa kita sedari, maka pakailah pakaian yang sudah dicuci bersih agar bukan sahaja tubuh kita berada dalam keadaan bersih.

Jemurlah pakaian di bawah cahaya matahari bagi tujuan membunuh kuman dan bakteria yang berada di pakaian serta keringkanlah sepenuhnya pakaian bagi mengelakkan berbau, pakai yang berada dalam keadaan lembap merupakan tempat yang paling digemari oleh bakteria membiak.

Diharapkan agar ke enam-enam cara di atas sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan anda dari terkena sebarang penyakit mahupun penyakit berjangkit dan sentiasa akan kekal berada dalam keadaan yang sihat.

Apa yang penting sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat agar sentiasa terpelihara dari pelbagai penyakit.