> Cara Paling Mudah Dan Murah Untuk Jaga Kesihatan - Berita

Cara Paling Mudah Dan Murah Untuk Jaga Kesihatan

Mudah Dan Murah Untuk Jaga Kesihatan
Image by andreas160578 from Pixabay 

Siapa sahaja di dunia ini pasti menginginkan kesihatan yang baik serta bebas daripada sebarang penyakit yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri individu itu sendiri tetapi apa yang menghalang mereka adalah kos bagi penjagaan kesihatan tersebut amat tinggi.

Itu termasuklah harga bagi makanan sihat yang dilihat terlampau mahal harganya serta kos yang tinggi untuk menguruskan badan serta rawatan susulan bagi rawatan mengubati penyakit di hospital yang menelan belanja yang besar.

Jadi terdapat 10 cara yang terbaik bagi seseorang itu untuk kekal sihat serta jauh dari penyakit dengan  cara hanya bersederhana, mudah dan murah tetapi yang pasti amat berkesan untuk sesorang individu itu agar tidak tertekan dengan kos yang mahal.

Antara 10 cara tersebut adalah :

1 ) Waktu Tidur Yang Mencukupi

Seperti yang kita ketahui bahawa waktu tidur yang mencukupi bagi tubuh badan seseorang itu amat penting kerana setiap kali kita tidur pada waktu malam proses pembaikan pulih badan lebih efisen.

Ianya lebih baik jika waktu tidur tersebut adalah tetap kerana tidur tidak menentu lambat laun akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan jadi amalkan tidur yang mencukupi bagi mengelakkan dari penyakit.

2 ) Sarapan Pagi

Sarapan pagi amat penting bagi tubuh seseorang itu untuk permulaan hari yang lebih bertenaga serta membantu seseorang itu kekal cergas selepas bangun dari tidur.

Tetapi kebanyakkan individu tidak mementingkan pengambil sarapan pagi dan majoriti dari mereka akan merasa amat lapar pada sebelah petang serta malam. Makan pada waktu malam sebenarnya tidak baik untuk tubuh badan kerana boleh mengganggu proses pencernaan menyebabkan proses tersebut menjadi tidak konsisten.

Apabila itu berlaku akan menyebabkan makanan tersebut tersimpan sebagai lemak terkumpul dan seterusnya individu tersebut akan makan lebih banyak dari kebiasaan,

3 ) Bersenam

Tubuh badan kita memerlukan pergerakkan bagi tujuan membakar kalori dan lemak yang terkumpul bagi membantu tubuh badan kita agar dapat mengagihkan keperluan nutrisi secara lebih efisen ke bahagian tertentu mengikut keperluan.

Tidak kisahlah dengan cara apa sekalipun seperti berjalan, lompat tali ataupun renggangan badan asalkan kita melakukannya selama 30 minit sehari seelok-eloknya setiap pagi secara berterusan lebih baik berbanding membuat senaman secara agresif tetapi tidak konsisten.

4 ) Menjaga Pemakanan

Sayur merupakan makanan yang paling baik untuk tubuh badan dan pengambilan sayur-sayuran setiap kali makan merupakan cara yang paling mudah dalam memastikan tubuh badan kekal sihat malah pengambilan sayur yang banyak juga boleh membantu seseorang itu untuk mengurangkan berat badan.

Berhentilah dari mengambil makanan yang memudaratkan seperti makanan segera serta kurangkan pengambilan daging merah serta sukatlah pengambilan gula dan garam agar tidak berlebihan dari yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Tanamkan dalam diri kita agar sentiasa mengamalkan pengambilan makanan yang sihat kerana dari pemakanan kitalah semua yang berkaitan dengan risiko kesihatan diri dapa dikurangkan.

5 ) Ambillah Makanan Tambahan

Bagi seseorang individu yang tidak mengamalkan cara pemakanan seimbang amat di galakkan agar mengambil makanan tambahan dalam membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Terdapat sesetengah individu tidak menggemari memakan sayur-sayuran, kekacang serta buah-buahan tetapi sesetengah vitamin sertas mineral yang terkandung dalam makanan tersebut amat penting untuk melawan penyakit jadi individu berkenaan boleh menggantikan apa yang diperlukan oleh tubuh badan dengan pengambilan multivitamin atau makanan kesihatan organik.

6 ) Jangan  Berlapar

Kita disarankan agar makan ketika kita baru terasa lapar agar kita boleh mengunyah makanan tersebut secara perlahan supaya kita boleh mengawal pemakanan  secara lebih baik.

Tubuh badan kita akan lebih mudah menyerap nutrien jika ketiga-tiga elemen penting seperti karbohidrat, lemak tidak tepu, dan protein diambil bersama dalam satu masa.

7 ) Sentiasa Cuba Mengawal Tekanan

Tekanan secara berlebihan juga boleh menyebabkan punca sesuatu penyakit itu jadi elakkanlah diri dari terlampau stress serta berfikir banyak dalam sesuatu perkara. Cubalah untuk mewujudkan keseimbangan dalam semua perkara seperti untuk kerja, keluarga dan untuk diri sendiri.

8 ) Jalani Pemeriksaan Kesihatan Berjadual

Dari luaran sememangnya kelihatan sihat namun itu kadang-kadang tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman jadi lakukanlah pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolestrol, kandungan gula dalam darah dan lain-lain pemeriksaan secara berjadual bagi memastikan anda betul-betul bebas dari sebarang penyakit.

Bagi para wanita di luar sana, beberapa ujian klinikal amat penting untuk anda lakukan dalam fasa kehidupan anda seperti Pap Smear, Mammogram dan sebagainya dalam memastikan anda bebas dari penyakit yang berbahaya seperti kanser atau barah dan lain-lain.

9 ) Sentiasa Utamakan Keselamtan

Sentiasa sihat tidak membawa makna bahawa anda kebal jadi sentiasalah menjaga keselamatan diri dan orang tersayang agar dijauhi dari sebarang bahaya. Tiada gunanya jika anda menjaga kesihatan tetapi tidak mengutamakan keselamatan kerana malang itu tidak berbau.

Membahayakan keselamatan diri serta keluarga samalah seperti anda sengaja menambahkan lagi kos perubatan anda dan keluarga untuk menjalani rawatan di hospital mahupun klinik.

10 ) Dalaman

Bukan setakat menjaga kesihatan secara luaran sahaja malah dalaman juga perlu dijaga agar kekal sihat.

Kestabilan emosi serta rohani juga penting dalam menentukan kesihatan kita kerana jika emosi terganggu juga boleh menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan dalam tubuh badan kita jadi cara yang paling berkesan adalah mendekatkan diri dengan ajaran Islam, patuh pada suruhan-Nya serta rajin melakukan amalan sunat dan bersahabat dengan masjid dapat merawat jiwa serta memberikan ketenangan kepada emosi kita.

Kesepuluh cara di atas ini merupakan anatara cara yang paling murah serta mudah yang dapat kita lakukan dalam kehidupan harian kita untuk menjaga kesihatan kita agar terus kekal sihat dan gembira selalu. Selamat mengamalkan semua cara ini semoga anda semua sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan dijauhkan dari sebarang penyakit.