![]() |
Image by Dave Gerber from Pixabay |
Namun begitu seringkallberlaku perselisihan faham dalam hubungan tersebut yang akhirnya akan membuatkan sesuatu perpisahan itu terjadi sehinggakan timbul pelbagai persoalan dibenak fikiran tentang siapa sebenarnya yang bersalah dan bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Maka jangan sesekali takut untuk mengakui kesilapan sendiri dan beriltizam untuk memperbaiki kesilapan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dalam memastikan rumah tangga anda kekal bahagia sampai ke hujung nyawa.
Di sini saya ingin berkongsikan dengan semua antara 10 tips kunci kebahagian rumah tangga yang wajib anda tahu dan amalkan :
1 ) Terima Seadanya Sikap Pasangan Dan Jangan Cuba Menukarnya
Ini merupakan antara kunci rumah tangga bahagia yang paling utama kerana sering terjadi di dalam setiap perhubungan apabila pasangan cuba untuk menukarkan sikap pasangan mereka kepada apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pasangan yang akhirnya hanya akan menyebabkan pertengkaran.
Sebaik-baiknya sebagai suami atau isteri cubalah untuk saling menerima segala kekurangnya serta kelemahan pasangan dan jangan sesekali cuba untuk mencorakkan pasangan anda dengan apa yang anda menginginkan.
Cubalah untuk memahami bahawa perkahwinan tersebut sesuatu yang indah serta kebahagian akan menjadi milik anda sekiranya anda sentiasa mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
2 ) Jangan Cuba Berubah Kerana Orang Lain
Jangan cuba berubah sikap dan cubalah jadi diri anda sendiri walaupun di depan pasangan, tidak perlu bersikap berpura-pura di hadapan pasangan hanya untuk memuaskan hati pasangan anda.
Anda pasti akan merasa tertekan jika tidak dapat memenuhi segala kehendak pasangan dan ini akan menyebabkan anda terasa terbeban dengan tekanan terbabit dan tidak dapat merasa segala kebahagiaan bersama pasangan.
3 ) Jangan Sesekali Keluarkan Perkataan 'Cerai'
Inilah perkataan yang sering keluar dari mulut setiap kali terjadinya pertengkaran dalam rumah tangga apatah lagi bagi pasangan yang masih mentah dan yang baru menjalani alam rumah tangga dan masih saling cuba mengenali antara satu sama lain.
Tiap kali bergaduh sering kali bercerai yang akan di pinta sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk atasi segala masalah ini dan bukanlah hanya dengan perceraian sahaja.
Kedua-dua pasangan seharusnya kena saling bermaafan dan tidak melanjutkan pertengkaran tersebut supaya tidak melarat sehingga menyebabkan masalah tersebut bertambah lebih rumit dan tidak dapat diselesaikan.
4 ) Berkomunikasi Antara Satu sama Lain
Komunikasi antara kedua-dua pasangan sangant penting dalam sesuatu perhubungan kerana dengan berkomunikasi antara dua pihak dalam menyelami hati pasangan dengan lebih mendalam.
Cubalah untuk berkomunikasi secara berhemah serta bertolak ansur dan jadilah pasangan yang baik kerana hanya dengan cara itu dapat menyelamatkan perkahwinan anda.
5 ) Cuba Bertenang Dan Kawal Kemarahan Anda
Ketika bergaduh pelbagai perkataan yang tidak senonoh atau kurang sopan sering kali terkeluar dari mulut, maklumlah waktu itu darah pun tengah panas tetapi untuk dapatkan keluarga bahagia sebaiknya anda tarik nafas sedalamnya dan cuba bertenang dahulu barulah pemikiran anda akan berada dalam kewarasan untuk berkata-kata supaya perkataan yang keluar dari mulut tidak akan melukai hati pasangan.
6 ) Meminta Maaf
Jika anda rasa bersalah dalam hal tersebut adalah lebih baik jika anda terus memohon maaf kepada pasangan anda supaya hal tersebut tidak akan terus berlarutan.
Ianya akan mempernampakkan kematangan anda dalam perkahwinan apatah lagi ucapan maaf tersebut bukanlah bermakna anda mengalah tetapi anda sebenarnya sedang memperjuangkan perkahwinan yang dibina agar tidak musnah hanya kerana permasalahan yang kecil.
7 ) Beri Ruang Kepada Satu Sama Lain
Setiap insan pasti memerlukan ruang buat diri sendiri untuk merelakskan dan melakukan aktiviti bersendirian tidak kiralah buat mereka yang telah berkahwin sekalipun.
Contohnya buat suami, sesekali berilah ruang kepada mereka untuk melepak dengan kawan-kawan asalkan mereka tidak berlaku curang di belakang isteri itu sudah memadai.
Bagi isteri pula, buat suami di luar sana sesekali apa salahnya belanjalah isteri dengan urutan atau spa di pusat kecantikan selepas mereka penat menguruskan kerja rumah dan kerja selama ini kerana ianya dapat membantu mereka menyegarkan diri di samping dapat memberikan ketenangan.
8 ) Saling Mempercayai Di Antara Satu Sama Lain
Kepercayaan amat penting dalam rumah tangga kerana tanpa kepercayaan kita akan sering menaruh syak wasangka terhadap pasangan dan ini sekaligus menyebabkan kita merasa seakan diri kita di tipu oleh pasangan.
Jangan sesekali menuduh pasangan tanpa usul periksa walaupun jika melihat ada kelainan pada suami dan jika anda sangsi sebaiknya bertanyalah dahulu kepada pasangan daripada anda serkap jarang.
9 ) Jangan Suka Membebel Pada Pasangan
Biasalah para isteri sering dikaitkan dengan sikap suka membebel tapi bukanlah semua wanita memiliki sikap tersebut dan para suami pula janganlah terkejut jika sikap isteri semasa bercinta dan selepas berkahwin berbeza.
Ada kalanya semasa bercinta si isteri bersikap lemah lembut dan sopan santun dan selepas berkahwin mulut bagaikan murai tetapi cubalah kurangkan sikap membebel itu kerana si suami tidak begitu menggemari jika isteri kuat membebel kepada mereka.
10 ) Hubungan Kelamin
Biasanya selepas memiliki anak ada ketikanya pasangan suami isteri sedikit mengelak untuk melakukan hubungan intim dan merasakan hubungan kelamin tidak berapa perlu.
Sedangkan sebenarnya hubungan kelamin tersebut amat penting dalam rumah tangga kerana ianya dapat mengeratkan ikatan kasih sayang antara kedua-duanya.
Selain itu cubalah meluangkan sedikit masa bersama-sama dan sesekali buatlah kejutan seperti berpelukan.
Semoga 10 tips di atas dapat dimanfaatkan buat semua pasangan di luar sana agar dapat mengecapi kebahagian rumah tangga berkekalan sehingga ke hujung nyawa.