> Nak Duit Gaji Mencukupi? Jom Amalkan Tip Ini - Berita

Nak Duit Gaji Mencukupi? Jom Amalkan Tip Ini

Jom Amalkan Tip Ini
Image by Steve Buissinne from Pixabay

Merujuk kepada keadaan ekonomi yang semakin merundum ini adalah lebih baik untuk mengambil langkah-langkah yang bijak untuk berjimat cermat apatah lagi jika anda memegang tanggungjawab menjaga kewangan keluarga.

Anda seharusnya bijak berbelanja serta menguruskan kewangan jika anda tidak mahu sering kehabisan wang setiap hujung bulan ataupun wang sering tidak mencukupi hingga hujung bulan sehinggakan kadang kala anda terpaksa meminta kepada bos anda gaji pendahuluan.

Sebagai suami isteri seharusnya mengetahui bagaimana cara yang terbaik untuk berbelanjakan gaji yang di terima supaya cukup sehingga hujung bulan dan jika anda bijak masih ada lagi baki untuk menjadi simpanan anda.

Tetapi dalam bijak berbelanja juga anda masih lagi harus membayar bil-bil, membeli barangan keperluan dapur dan sebagainya jadi anda perlu melakukan yang terbaik dalam memastikan anda tidak akan terbeban dengan masalah kewangan yang tidak mencukupi.

Di sini saya kongsikan pada anda bagaimana caranya agar anda bijak berjimat cermat :

Aturkan Perbelanjaan Barang Dapur

Bagi pasangan suami isteri mengatur perbelanjaan keperluan barangan dapur merupakan penjimatan yang paling mudah untuk dilakukan dan amat perlu dilakukan agar gaji setiap bulan mencukupi.

Setiap bulan ketika anda pergi ke Tesco, Mydin, Giant atau NSK untuk berbelanja barangan untuk sebulan memang menyeronokkan tetapi ketika sampai masa untuk membayar anda akan merasa menyesal kerana mengambil barangan yang tidak perlu sebenarnya.

Ikuti lima langkah penting dalam berbelanja supaya anda tidak menyesal setiap kali tiba masa untuk membayar barangan yang di ambil.

1 ) Senaraikan terlebih dahulu barangan yang hendak di beli supaya anda tidak mengambil barang yang tidak perlu.

2 ) Keluarlah berbelanja selepas anda mengisi perut terlebih dahulu supaya anda tidak terbeli makanan yang anda teringin nak makan.

3 ) Belilah barang keperluan seminggu sekali saja supaya anda tidak lebih terbelanja jika anda selalu ke kedai.

4 ) Fikirlah apa yanga anda hendak masak untuk tempoh seminggu tersebut atau empat hari sebelum ke kedai supaya anda tahu barang apa yang perlu di beli bagi mengelakkan anda membeli barangan yang anda tidak gunakan.

5 ) Pergi ke kedai yang anda sudah biasa pergi kerana jika anda sudah biasa ke kedai tersebut pasti sedikit sebanyak anda boleh mendapatkan diskaun untuk barangan yang di beli.

Disamping anda bijak berbelanja anda juga tahu bagaimana caranya untuk anda mengenal pasti barangan yang perlu di beli, di sini saya lampirkan 5 cara yang perlu anda buat :

1 ) Buat bekal untuk ke pejabat supaya anda tidak perlu membeli makanan diluar yang semestinya menelan belanja hampir RM10 setiap kali anda makan dan itu semestinya akan menyebabkan kos perbelanjaan anda lebih banyak.

2 ) Sebelan sekali bersihkanlah peti sejuk serta almari penyimpanan makanan anda supaya anda tahu barangan apa yang masih berbaki dan tidak perlu di beli.

3 ) Seminggu sekali pula bersihkanlah sayuran atau buah-buahan supaya memudahkan anda memasak di samping memudahkan anda mengenal pasti barang apa yang tiada untuk memasak dan tinggal.

4 ) Jangan membeli makanan ringan kerana ianya lebih mahal harganya dan tidak salah jika anda mencuba makanan baru kerana sudah pasti harganya jauh lebih murah serta jangan lupa membawa kalkulator bersama ketika berbelanja supaya anda tahu jumlah barangan yang di ambil supaya tidak terlebih dari bajet yang anda peruntukkan.

5 ) Selalu periksa harga barangan dengan cara itu anda akan mengetahui sama ada terdapat diskaun atau harga promosi bagi barang yang hendak di beli.

Jika suami isteri dapat mengamalkan ke semua cara tersebut tidak mustahil bagi mereka jika gaji yang di terima setiap bulan akan mencukupi dan silap-silap terdapat banyak baki yang boleh menjadi simpanan.