> Petua Senang Bersalin - Berita

Petua Senang Bersalin

Saat-saat kelahiran bayi
Image by estebantroncosofoto0 from Pixabay

Bagi setiap wanita yang baru mendirikan rumah tangga, mengetahui bahawa dirinya bakal bergelar ibu adalah merupakan perkara yang amat menggembirakan tetapi kadang kala boleh juga menimbulkan kerisauan juga memikirkan saat-saat kelahiran bayi nanti.

Bagaimanapun terdapat beberapa petua orang-orang tua dulu yang boleh di amalkan bagi bakal-bakal ibu di luar sana terutama sekali bagi wanita yang bakal melahirkan anak buat pertama kali semestinya merasa takut untuk melalui proses kelahiran nanti.

Oleh itu bagi menghilangkan ketakutan tersebut bakal-bakal ibu baru bolehlah mengamalkan antara 6 petua di bawah ini supaya proses kelahiran nanti menjadi lancar, mudah  dan selamat serta semestinya detik itu menjadi satu detik yang amat menggembirakan.

Antara 6 petua tersebut adalah :

1 ) Amalan Kerohanian

Antara petua orang tua-tua yang sering di sarankan kepada anak cucu adalah memperbanyakkan membaca Al-Quran sepanjang kehamilan terutamanya surah Maryam, surah tersebut dikatakan amat sesuai di baca ketika hamil bagi memudahkan kelahiran bayi nanti kerana surah terbabit mengandungi pengajaran yang berkaitan dengan kehamilan serta ke ibubapaan.

Selain itu juga ibu mengandung juga boleh mengamalkan zikir serta selawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W untuk memberikan ketenangan ketika proses bersalin dan jangan lupa juga memperbanyakkan doa kepada Allah supaya di permudahkan segalanya.

2 ) Bergerak Dan Berjalan

Bagi ibu hamil ketika kehamilan badan sering kali penat dan lesu sahaja tetapi janganlah terlampau ikutkan rasa asyik nak tidur atau berbaring malas sahaja tetapi perbanyakkanlah bergerak atau berjalan seperti membuat kerja-kerja rumah yang ringan-ringan seumpama mengemas, mencuci pinggan mangkuk, menyapu sampah dan sebagainya.

Bagi ibu hamil ketika tempoh kehamilan memasuki minggu yang ke 36 akan merasa sudah tidak larat untuk berjalan apatah lagi ketika sampai di hujung tempoh kehamilan tetapi bagi memudahkan ibu hamil bersalin nanti cubalah berjalan-jalan, cukuplah jika sekadar berjalan secara perlahan-lahan tidak perlulah berjalan seperti marathon pula.

Lebih banyak kita bergerak-gerak serta berjalan lebih baik bagi memudahkan proses kelahiran bayi nanti, oleh itu jangan malas-malas jalan ye.

3 ) Pelajari Teknik Meneran Serta Pernafasan Yang Betul

Pernafasan yang betul amat penting bagi membantu memudahkan proses meneran ketika kelahiran berlaku selain itu juga pernafasan yang betul boleh membantu ibu-ibu menahan kesakitan ketika kontraksi berlaku.

Namun begitu ketika berada dalam keadaan kesakitan menahan kontraksi kebanyakkan ibu sering terlupa teknik pernafasan yang betul kerana itulah pernafasan yang betul amat penting supaya dapat memberikan ketengan kepada bakal ibu melalui kontraksi.

Antara cara meneran yang betul adalah dengan meletakkan punggung dalam keadaan tetap dan tidak mengangkat punggung ketika meneran supaya dapat mengelakkan daripada berlaku koyakkan yang teruk di bahagian perineum.

4 ) Makan Makanan Yang Memberi Tenaga

Proses bersalin merupakan satu proses yang panjang  dan memenatkan jadi anda pasti memerlukan banyak tenaga untuk meneran serta menahan kontraksi.

Oleh itu ibu hamil disarankan supaya mengambil makanan yang dapat memberikan tenaga  seperti buah kurma dan minum minuman susu badam serta ada sesetengah ibu hamil yang meminum minyak zaitun dan minyak kelapa dara kerana dipercayai dapat melancarkan proses kelahiran.

Jika ingin mengambil apa-apa supplimen atau produk makanan tambahan dapatkan terlebih dahulu kebenaran serta nasihat daripada doktor supaya anda tidak mendatangkan kemudaratan serta komplikasi yang tidak baik kepada kandungan.

5 ) Senaman

Melakukan senaman ringan atau senaman yang bersesuaian amat perlu bagi ibu hamil supaya dapat membantu melancarkan proses kelahiran nanti, antara senaman yang boleh dilakukan adalah senaman kemut kagel, tailor sitting dan wall slide.

Senaman tersebut dapat membantu melatih otot vagina lebih kenyal, membuka laluan lebih cepat, memperbaiki postur badan pada masa sama dapat melembutkan sendi pelvik dan melancarkan peredaran darah ke bahagian bawah badann.

6 ) Urutan Perineum

Urutan ini digalakkan dilakukan di antara bahagian dubur dan faraj bermula dari ketika kandungan berusia 34 minggu sehingga ke saat akhir kehamilan kerana dapat membantu memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.

Urutan perineum ini boleh dilakukan selama 10 minit setiap hari bagi membiasakan bahagian tersebut dengan regangan dan ianya digalakkan dilakukan sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

Berikut merupakan antara petua yang dapat diamalkan bagi bakal ibu terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak pertama, jangan terlampau memikirkan atau risau untuk melalui proses kelahiran itu nanti dan di samping itu perbanyakkanlah berdoa agar ianya dipermudahkan segala urusan ketika bersalin dan berjalan dengan lancar.

Saya harap petua di atas dapat sedikit sebanyak membantu para bakal ibu di luar sana dalam melalui proses bersalin nanti.