> Tak Sangka Dengan Hanya Gunakan Cuka Sahaja Segala Masalah Selesai - Berita

Tak Sangka Dengan Hanya Gunakan Cuka Sahaja Segala Masalah Selesai

Gunakan Cuka Sahaja Segala Masalah Selesai
Image by Evita Ochel from Pixabay

Rumah merupakan salah satu keperluan asas yang paling penting dalam hidup kita kerana rumahlah menjadi tempat kita berteduh serta merehatkan diri selepas seharian penat bekerja dan rumah juga merupakan syurga kita di dunia seperti slogan yang sering kita dengari 'rumahku syurgaku'.

Namun begitu rumah yang bersih amat penting oleh itu di sini saya ingin berkongsikan beberapa tip membersihkan perkakas yang amat mudah dengan hanya menggunakan bahan yang senang di perolehi di rumah kita iaitu bahan yang hanya berasaskan cuka.

Dengan hanya menggunakan cuka sahaja dapat mampu meyelesaikan masalah serta membersihkan pelbagai alatan di rumah kita yang kebanyakkan suri rumah di luar sana merasakan amat sukar untuk membersihkan, di sini antara 25 petua yang dapat kita praktiskan :

1 ) Menbersihkan sinki dan kepala paip chrome

Campurkan 1 sudu kecil cuka bersama 2 sudu besar garam dan gosokkan di bahagian sinki dan kepala paip yang diselaputi dengan kotaran degil berwarna putih kemudian anda dapat melihat sendiri hasilnya.

2 ) Membersihkan meja dan Counter top

Rendamkan kain di dalam cuka pekat dan kemudian hanya lapkan meja dan counter top dengan menggunakan kain tersebut.

Meja serta counter top anda akan kelihatan bersih semula dan berbau harum.

3 ) Membersihkan saluran paip sinki dan lubang paip lantai

Tuangkan secawan serbuk penaik dan secawan cuka panas ke dalam saluran paip terbabit dan biarkan selama 5 minit sebelum tuangkan pula air panas ke dalam saluran terbabit.

Saluran paip yang tersumbat serta aliran air yang tidak berapa lancar akan kembali lancar kerana segala kotoran degil yang melekat di saluran terbabit dapat ditanggalkan.

4 ) Menghilangkan bau pada tong sampah dan kawasan tong sampah

Setengah cawan serbuk penaik dan setengah cawan cuka dituang serta diratakan di kawasan yang hendak dibersihkan.

Biarkan selama lima minit dan kemudian bilaskan dengan menggunakan air panas, segala bau yang selama ini tidak menyenangkan pun hilang.

5 ) Mencuci microwave dan oven

Segala kotoran serta bau-bauan yang melekat pada microwave serta oven anda pasti menjadi satu kesukaran buat anda untuk membersihkan tetapi jangan risau hanya dengan menggunakan cuka egala masalah anda dapat diselesaikan.

Campurkan setengah cawan cuka bersama setengah cawan air dan kemudian didihkan seketika di dalam perkakas terbabit dan anda boleh lihat segala kotoran yang melekat pada dinding perkakas terbabit mula tertanggal. Selepas itu bolehlah anda lapkannya dengan menggunakan kain sehingga bersih.

6 ) Membersihkan peti sejuk

Celupkan kain ke dalam campuran cuka dengan air biasa kemudian lapkan sahaja rak-rak serta dinding peti sejuk dengan menggunakan kain tersebut, peti sejuk anda akan kelihatan sangat bersih.

7 ) Kotoran degil yang melekat di atas peti sejuk

Celupkan kain ke dalam cuka pekat dan lapkan sahaja sehingga bersih, segala kotoran menjadi lebih mudah ditanggalkan.

8 ) Membersihkan pintu oven dari kesan minyak 

Sapukan pintu oven dengan menggunakan cuka pekat dan biarkan pintu oven terbuka kira-kira 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan menggunakan span.

9 ) Kilatkan semula gelas yang telah hilang pudar

Balutkan gelas tersebut seketika dengan menggunakan kain atau kertas tisu tebal yang telah direndamkan ke dalam cuka pekat kemudian bilaskan sahaja gelas tersebut menggunakan air bersih.

10 ) Tanggalkan daki yang melekat pada cawan

Gosokkan sahaja dengan menggunakan cuka ataupun serbuk penaik, segala kotoran lebih senang tertanggal.

11 ) Menghilangkan kotoran degil dan bau hapak pada bekas plastik

Rendamkan kain ke dalam cuka dan lapkan sahaja bekas plastik tersebut dengan menggunakan kain itu.

12 ) Hilang bau pada bekas makanan

Rendamkan sekeping roti ke dalam cuka dan letakkan ke dalam bekas makanan berkenaan untuk semalaman kemudian cuci sahaja seperti biasa.

13 ) Menghilangkan kotoran degil pada ruang sempit dalam pasu bunga kaca, balang kaca dan botol-botol kaca lain

Rendamkan botol kaca berkenaan ke dalam cuka buat seketika kemudian cucikan botol berkenaan dengan menggunakan beras atau pasir  bagi menanggalkan kotoran berkenaan. Ulangi langkah berkenaan jika perlu.

14 ) Menghilangkan bau kesan kuah atau makanan yang telah basi di dalam peti sejuk

Bersihkan terlebih dahulu kawasan berkenaan dengan menggunakan air sabun kemudian renjiskan cuka di kawasan terbabit dan lapkan dengan kain bersih sehingga kering.

Isikan pula sebekas kecil dengan serbuk penaik dan letakkan ke dalam peti sejuk kemudian biarkannya selama beberapa hari, bau tersebut akan hilang.

15 ) Menanggalkan tanda harga pada barangan 

Celupkan kain ke dalam cuka dan balut barangan itu menggunakan kain selama semalaman.

Tanda harga itu akan tertanggal.

16 ) Membersihkan kotoran pada roda alat pembuka tin

Cuci roda berkenaan dengan menggunakan berus gigi terpakai bersama cuka.

17 ) Membersihkan minyak pada cooker hood atau oven

Celupkan span ke dalam cuka dan lapkan bahagian berminyak tersebut dengan menggunakan span berkenaan sehingga bahagian berminyak itu bersih.

18 ) Menyegarkan bilik air

Campurkan 1 sudu kecil serbuk penaik, 1 sudu kecil cuka dan satu cawan air ke dalam penyembur kemudian semburkan campuran berkenaan di sekitar bilik air.

19 ) Bersihkan tompokkan kekotoran pada karpet

Campurkan 2 sudu kecil cuka bersama 1/4 garam atau serbuk penaik  kemudian gunakan campuran tersebut untuk menyental kotoran pada karpet dan biarkan kering.

20 ) Membersihkan gunting kesan selepas menggunting pita pelekat

Lapkan gunting tersebut dengan menggunakan kain yang dicelup ke dalam cuka.

21 ) Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam

Campurkan sedikit cuka bersama air kemudian lapkan di bahagian tompokan air kencing di atas tilam tersebut,selepas itu renjiskan serbuk penaik di kawasan berkenaan dan biarkan kering.

Berus atau vacum kawasan berkenaan selepas telah kering.

22 ) Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter

Campurkan cuka dan garam dalam kuantiti yang sama banyak mengikut keperluan kemudian gunakan campuran berkenaan untuk menggilap peralatan tersebut.

23 ) Menanggalkan kesan tompokkan hitam di dalam periuk aluminium

Campurkan secawan cuka dan secawan air ke dalam periuk alumium yang hendak dibersihkan kemudian didihkan sehingga mendidih, segala kotoran akan tertanggal.

24 ) Menghalau semut

Semburkan cuka di kawasan luar pintu, tingkap , sekeliling peralatan dapur atau di kawasan yang sering di hurungi oleh semut.

25 ) Membersihkan span atau pengelap pinggan

Rendamkan ke dalam air dan masukkan 1/4 cawan cuka ke dalam rendaman tersebut dan biarkan semalaman, segala kotoran akan tertanggal.

Semoga segala tip yang dikongsikan bermanfaat buat anda semua dan semoga ianya berguna dalam membantu suri rumah di samping memudahkan kerja-kerja rumah yang hendak dilakukan.